DUNIA

Penerbangan Di Lapangan Terbang Munich Tergendala Akibat Salji Lebat

02/12/2023 08:11 PM

MUNICH, 2 Dis (Bernama-dpa) -- Penutupan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Munich dilanjutkan sehingga 6 pagi (0500 GMT) pada Ahad akibat salji lebat, kata jurucakap lapangan terbang itu pada Sabtu.

Sebelum ini, operasi lapangan terbang itu dihentikan sehingga tengah hari, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap itu berkata penumpang disarankan untuk memeriksa status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Seorang jurucakap Lufthansa berkata penutupan trafik udara di Munich akan memberi impak kepada lapangan terbang lain. 

Perkhidmatan kereta api turut terjejas terutama di sekitar Munich apabila landasan tersekat akibat pokok tumbang. 

Operasi kereta api bawah tanah, bas dan trem di Bavaria turut tergendala. 

Jurucakap perkhidmatan kereta api berkata gangguan di selatan Jerman dijangka berterusan sehingga Isnin.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Jerman, salji lebat dijangka berterusan di bahagian selatan dan tenggara sehingga petang.

-- BERNAMA-dpa

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan