AM

Penutupan Jalan Ismail Sultan, Johor Bahru Bagi Kerja Projek RTS Link Bermula Malam Ini

03/07/2025 05:20 PM

JOHOR BAHRU, 3 Julai (Bernama) -- Jalan Ismail Sultan menghala ke Stulang di sini akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 10 malam hingga 5 pagi bermula hari ini hingga 16 Julai bagi memberi laluan kepada kerja berkaitan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link.

RTS Operations Pte Ltd (RTSO) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan penutupan jalan itu melibatkan laluan selepas persimpangan lampu isyarat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta kawasan R&F berhampiran Hotel GBW.

“Sepanjang tempoh itu, laluan kontra akan diaktifkan secara berkala di Jalan Ismail Sultan (menghala ke pusat bandar) bagi membolehkan kenderaan dari arah CIQ dan R&F ke Stulang menggunakan lorong bertentangan sebagai laluan alternatif,” menurut hantaran itu.

Pemandu dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda trafik serta pengawal bendera di lokasi sepanjang penutupan.

Maklumat lanjut berhubung pelan laluan lencongan boleh dirujuk menerusi Facebook RTSO. 

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan