NIBONG TEBAL, 23 Dis (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai telah keluar dari rumahnya di sini sejak Ahad lepas (21 Dis) dan belum pulang hingga hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata remaja lelaki, berkenaan bernama Mohamad Arishh dan berbangsa India Muslim.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai remaja tersebu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sjn Surianah Jamlan di talian 04-5858222 atau 014-8696851," katanya dalam kenyataan malam ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial