"Polis menerima laporan pada 4.30 petang tadi daripada orang awam. Setiba di lokasi, kita dapati terdapat sebuah bot tunda terdampar di pesisir pantai berkenaan.
"Tiga kru berjaya diselamatkan orang awam manakala tiga lagi terperangkap di atas bot. Usaha mengeluarkan mangsa masih dijalankan oleh polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata usaha menyelamat mangsa agak sukar dan mengambil masa berikutan cuaca buruk serta ombak kuat yang melanda sejak malam tadi.
Beliau berkata polis telah memasang tali garisan kuning bagi mengelak orang awam memasuki lokasi.
"Setakat ini tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Tiga kru yang diselamatkan berada di bawah pemantauan pasukan perubatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial