Polis Kesan Warga Asing Saksi Perbicaraan Kes Dadah

10/12/2025 10:10 PM

NIBONG TEBAL, 10 Dis (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing untuk menghadiri perbicaraan kes dadah di Mahkamah Butterworth pada 5 dan 6 Jan tahun depan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata Mohd Ismail Wali Hussein merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bernombor 512-05C00493 dan beralamat terakhir di No.18 Tingkat Permata, 14000 Alma, Pulau Pinang.

Beliau berkata Mohd Ismail ialah saksi bagi perbicaraan kes bersangkut laporan Simpang Ampat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkenaan saksi tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS Inspektor Abdul Syakur Suhaibi di talian 014-8518671 atau balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan