Dera Pembantu Rumah: Wanita Dan Anak Lelaki Ditahan

08/12/2025 03:55 PM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita dan anak lelakinya kerana disyaki mendera pembantu rumah warga tempatan di Gombak, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata suspek warga tempatan berusia 57 dan 30 tahun itu direman sehingga 11 Dis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mangsa yang berusia 22 tahun bekerja di rumah suspek sejak September kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.

“Wanita itu stabil dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka pada beberapa bahagian badan dan melecur pada lengan. 

“Mangsa juga memaklumkan tidak dibayar gaji sepanjang bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata mangsa membuat laporan pada 8.38 malam Sabtu, selepas dapat melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 dan 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi ASP Ikhwanizam Ismail menerusi talian 019-600 0468 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-6126 2222.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan