BUTTERWORTH, 15 Nov (Bernama) -- Bayi perempuan yang ditemukan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, di sini pada Khamis lepas dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi itu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata siasatan dan pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan bayi itu dilahirkan di tandas atau kawasan berhampiran.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan ibu bayi tersebut dan mereka mempunyai maklumat diminta membantu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, media melaporkan penemuan bayi yang masih bertali pusat itu oleh orang awam.
Bayi itu yang dibawa ke Hospital Seberang Jaya disahkan sihat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial