IPOH, 31 Okt (Bernama) -- Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin selepas keluar mencari lembu peliharaannya ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Kampung Paya Permai, Lubok Merbau dekat Kuala Kangsar, petang tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mayat Zahari Zainuddin, 70, dijumpai 3.48 petang hasil pencarian bersama beberapa agensi keselamatan dan penduduk kampung.
“Mayat mangsa ditemukan di kawasan semak, kira-kira 900 meter dari PKB (Pusat Kawalan Bomba) dengan pasukan operasi menjalankan pencarian di sekitar lokasi terakhir beliau dilihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial