Lelaki Maut Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan

20/10/2025 10:54 AM

SEREMBAN, 20 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 13 Jalan Bahau–Rompin, Jempol dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata kejadian berlaku 11.40 malam dan mangsa berusia 32 tahun maut akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Persona dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah Bahau ke Rompin dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta itu bergesel dengan Honda City dipandu lelaki berusia 39 tahun sebelum bertembung dengan Perodua Viva dipandu mangsa sehingga menyebabkan Proton Persona terbakar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Norhisham berkata pemandu Proton Persona cedera ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak cedera. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta saksi untuk menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal menerusi talian 016-3627746.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan