Juruelektrik Rugi Lebih RM100,000 Diperdaya ‘Pegawai Polis’

28/10/2025 09:13 PM

MUAR, 28 Okt (Bernama) -- Seorang juruelektrik kerugian RM118,400 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki menyamar pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa lelaki berusia 53 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu mengaku pegawai polis pada 1 Okt lepas, mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram serta rasuah di Sabah.

Beliau berkata mangsa turut diarahkan membuka akaun baharu di sebuah bank dan perlu didaftarkan dengan nombor telefon yang diberikan suspek supaya boleh diakses dengan alasan untuk siasatan.

“Mangsa juga diminta memindahkan kesemua wang simpanannya ke akaun berkenaan. Sebaik mangsa melakukan semakan ke akaun baharu miliknya semalam, jumlah wang sepatutnya masih ada telah lesap dan dipindah keluar tanpa pengetahuan berjumlah RM118,400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Raiz Mukhliz meminta orang ramai supaya membuat semakan nombor telefon dan akaun bank melalui portal Semak Mule di semakmule.rmp.gov.my. sebelum membuat transaksi dalam talian.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan