SEPANG, 11 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga Turkiye ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.26 petang semalam, kerana cuba membawa keluar 10 ekor ikan hidup jenis Discus tanpa dokumen sah.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA dalam kenyataan hari ini, memaklumkan lelaki 52 tahun itu ditahan hasil perkongsian maklumat dan kerjasama Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) yang mengesan bagasi mencurigakan di Pintu Perlepasan Terminal Satelit, Terminal 1.
“Pemeriksaan lanjut mendapati bagasi itu mengandungi 10 ekor ikan hidup dibawa penumpang yang dijadualkan berlepas ke Doha, Qatar.
“Individu berkenaan gagal mengemukakan permit eksport serta dokumen sokongan yang sah termasuk lesen daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sijil kesihatan Jabatan Perikanan,” menurut kenyataan itu.
Semua ikan itu dirampas untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
AKPS memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap individu cuba mengeksport atau mengimport haiwan hidup tanpa dokumen sah bagi bagi memastikan kawalan biosekuriti dan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial