SIBU, 5 Okt (Bernama) -- Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan rapat tampil ke balai polis susulan penemuan mayat lelaki di Batang Rajang, Kapit hari ini.
Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata polis menerima maklumat kira-kira 11.25 pagi tadi berhubung mayat itu yang ditemukan orang awam terapung di Wharf Kapit.
Beliau berkata bagaimanapun sebaik anggota polis tiba, mayat berkenaan dipercayai telah dihanyutkan arus deras sebelum ditemukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Teluk Selindung pada 12.10 tengah hari, kira-kira lima kilometer dari Wharf Kapit.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kapit untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama hari ini.
Rohana berkata mangsa berketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit cerah selain terdapat tatu perhiasan di paha kanan serta di bahu kiri dan kanan.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai rakyat tempatan berusia 40-an dan semakan laporan polis mengenai orang hilang bermula 2 Oktober hingga kini juga tidak mempunyai kaitan dengan mayat berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial