Kematian Zara Qairina: Orang Ramai Diminta Bertenang, Tidak Buat Spekulasi - Polis

28/07/2025 04:25 PM

KOTA KINABALU, 28 Julai (Bernama) -- Polis meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, sementara menunggu hasil siasatan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.

“PDRM Kontinjen Sabah akan menjalankan siasatan menyeluruh secara telus,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di sini pada 11 tengah hari, 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama itu pada 4 pagi, 16 Julai lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan