Mayat Wanita Ditemukan Bawah Jambatan Sungai Klang

28/07/2025 07:30 PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas batu bawah jambatan Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera, Puchong pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 11.58 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat berpakaian serba hitam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan peribadi ditemukan bersama mangsa.

"Pihak forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor telah hadir di tempat kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan berdasarkan keadaan, mangsa dipercayai berada di dalam sungai lebih kurang 24 jam serta mulai kembung," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat yang dijadualkan pada 8 pagi esok bagi menentukan punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor K. Vigneswaran di talian 014-922 9233 atau balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan