Ketua Polis Daerah Jerantut Meninggal Dunia

26/07/2025 07:32 PM

KUANTAN, 26 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad meninggal dunia di rumahnya di Taman Saujana Utama, Jerantut hari ini akibat serangan jantung.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata Zukri, 59, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang tadi.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Krau, Raub selepas Maghrib hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zukri dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Jerantut pada April tahun lepas dan akan bersara wajib bulan hadapan.

Yahaya turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Zukri dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan