PGA Rampas 1,242 Unit Cecair Rokok Elektronik Bernilai RM125,000

23/07/2025 12:06 PM

KOTA BHARU, 23 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,242 unit cecair rokok elektronik serta 36 kotak peranti rokok elektronik, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Jeli Kelewek, Tanah Merah pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu, dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada 10.15 malam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati, terdapat seorang lelaki warga tempatan 43 tahun berada di dalam premis, yang gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan dan kebenaran menyimpan yang sah bagi memiliki cecair dan peranti vape daripada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).

“Sebanyak 1,242 unit cecair dan 36 kotak peranti vape ditemukan di dalam premis tersebut. Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM 125,000 dan hasil rampasan diserahkan kepada MDTM untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) dan 8(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDTM 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan