Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Flat Di Jalan Hang Tuah

21/07/2025 12:11 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah unit flat di Jalan Hang Tuah di sini, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.54 pagi, sebelum 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran menyebabkan kemusnahan seratus peratus terhadap unit di tingkat 10 flat berkenaan yang berkeluasan kira-kira 6 x 6 meter.

"Kebakaran berjaya dikawal pada 3.10 pagi dan mangsa berusia 50-an ditemui di dalam bilik air.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan," menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan