APMM Selangor Tahan Bot Nelayan, Gajikan Warga Asing Tanpa Dokumen

14/07/2025 08:14 PM

SHAH ALAM, 14 Julai (Bernama) -- Sebuah bot nelayan tempatan Kelas B ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor kerana disyaki melanggar syarat lesen dan menggajikan kru warga asing tanpa dokumen sah.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata bot berkenaan ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam pada kedudukan 3.6 batu nautika di barat perairan Kapar ketika sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.

Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati kedua-dua kru — seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun dan seorang warga Myanmar berusia 41 tahun — tidak disenaraikan dalam lesen bot terbabit.

“Semakan lanjut mendapati warga Myanmar berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, selain tidak memiliki permit kerja atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata bot bersama semua kru dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Selangor untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan