KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sebuah bilik pejabat di bangunan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 pagi sebelum 16 anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi.
"Pasukan bomba tiba di lokasi pada 1.25 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan sekolah tiga tingkat dan tertumpu di sebuah bilik pejabat bersaiz 30x30 kaki persegi di tingkat dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 1.58 pagi dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
Operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kajang dan Bangi, diketuai Pegawai Bomba Kanan II Isam Abd Rahman.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial