Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Orang Asli Hilang

08/07/2025 10:00 PM

KUANTAN, 8 Julai (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norlelawati Nes pada 9.52 pagi hari ini.

“Remaja itu dilihat kali terakhir di Kampung Orang Asli Sungai Bangkong, Jerantut dengan memakai kemeja-T dan seluar panjang hijau gelap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Remaja itu berkulit sawo matang dan memiliki ketinggian 154 sentimeter serta berbadan sederhana dengan berat 53 kilogram.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut menerusi talian 09-2662222 atau ke balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan