Tiga Parah, Seorang Cedera Ringan Kereta Terjunam Dalam Sungai

06/07/2025 09:17 PM

GEORGE TOWN, 6 Julai (Bernama) -- Tiga indvidu termasuk dua beradik cedera parah manakala seorang cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan York, di sini hari ini.

Mangsa yang parah dikenali sebagai Rashidah Bee Shaik Mydin, 54, Fatimah Beevi P.M. Mydin, 59, dan Mydin Fatimah P.M. Mydin, 63, manakala Mohd Barak Abdul Latiff, 64, mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.

''Sebaik bomba tiba di lokasi, mendapati kesemua mangsa terperangkap dalam kereta yang berada di dalam sungai dipercayai terbabas.

''Pihak bomba menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas dan kesemua mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan pada 4 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan kesemua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital berhampiran menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan dan unit EMRS JBPM untuk rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan