Empat Cedera, Kereta Langgar Tiga Motosikal Di Persimpangan Lampu Isyarat

06/07/2025 11:15 AM

KUANTAN, 6 Julai (Bernama) -- Empat individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas sebuah kereta merempuh tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat, Jalan Pintasan Bukit Setongkol di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 29 tahun dari Tanjung Lumpur di sini melanggar motosikal berkenaan yang keluar dari simpang ketika lampu isyarat bertukar warna.

“Siasatan awal kemalangan yang berlaku kira-kira 8.45 malam itu mendapati kereta tersebut meneruskan perjalanan walaupun lampu isyarat telah bertukar merah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata akibat kemalangan itu tiga penunggang motosikal jenis Yamaha termasuk dua wanita dan seorang pembonceng lelaki yang kesemua mereka berusia lingkungan lapan hingga 32 tahun mengalami pelbagai kecederaan. 

Kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan