Pesara Rugi Lebih RM90,000 Ditipu Sindiket Pelaburan Dalam Talian

04/07/2025 10:46 AM

KUALA TERENGGANU, 4 Julai (Bernama) -- Seorang pesara kerugian RM90,541 selepas ditipu sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 59 tahun itu menerima pautan menyertai pelaburan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp pada 11 Jun daripada rakan wanita dikenali di Facebook.

“Suspek memujuk lelaki itu mendaftar untuk melabur. Mangsa membuat sedikit pelaburan dan mendapat pulangan RM2,767. Teruja dengan keuntungan itu, dia seterusnya melabur RM90,541 melalui sembilan transaksi ke enam akaun.

“Bagaimanapun, mangsa menerima mesej pada 2 Julai lepas memberitahu terdapat kesilapan pada transaksi terakhir dan perlu membayar denda RM31,400 selain dijanjikan pulangan RM432,000 jika membuat pembayaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak di sini semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan