Polis Mohon Bantuan Kesan Lelaki Hilang Sejak 27 Mei

27/06/2025 11:13 PM

KUALA LUMPUR,  27 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang di Subang Jaya, Selangor, sejak bulan lepas. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki yang dikenali sebagai Hasni Hashim, 49, itu kali terakhir dilihat berada di Menara Suria, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, Subang Jaya, pada 2.40 petang, 27 Mei lepas.

“Laporan kehilangan individu ini diterima pada 1.55 tengah hari, Rabu lepas. Hasni yang berkulit sawo matang dan berambut hitam pendek, berketinggian 170 sentimeter serta berat 80 kilogram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 / 03-7862 7100

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan