Kilang Kertas Di Lembah Kinrara Musnah Dalam Kebakaran

21/06/2025 04:49 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Sebuah kilang kertas musnah dalam kebakaran di Jalan Lembah Kinrara, Puchong di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata dianggarkan 80 peratus daripada kilang berkeluasan 100x120 kaki persegi itu musnah namun tiada mangsa terlibat.

Beliau berkata JPBM menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 12.14 tengah hari sebelum 31 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, Subang Jaya, Seri Kembangan dan Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi.

“Jentera pertama tiba di tempat kejadian yang terletak kira-kira 6.7 kilometer dari balai Puchong pada 12.22 tengah hari iaitu lapan minit selepas panggilan diterima

“Kebakaran berjaya dikawal pada 1.36 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan