KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam sungai berhampiran Kampung Tualang Tinggi di Pasir Puteh dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata Balai Polis Selising menerima maklumat berhubung penemuan itu pada kira-kira 3.30 petang.
“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat terapung di sungai berkenaan.
“Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial