PGA Rampas Tumbuhan Hiasan Bernilai RM750,000 Di Tanah Merah

16/06/2025 02:09 PM

KOTA BHARU, 16 Jun (Bernama) -- Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis tumbuhan hiasan dianggarkan bernilai RM750,000 selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di sekatan Jalan Raya Lalang Pepuyu, Tanah Merah, dekat sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata lori berkenaan ditahan pada kira-kira 5 petang menerusi operasi taring wawasan Kelantan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori itu, menemukan sebanyak 40 pokok jenis Fragrea Fragrans, sembilan pokok Juniperus Chinensis, 10 pokok jenis Crescentia Alata dan satu pokok jenis Salix Babylonica yang disyaki mempunyai serangga perosak serta berpenyakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PGA turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun disyaki menjadi penghantar tanaman berkenaan ke nurseri tempatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167), manakala suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan