Pasangan Warga Emas Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah Kedai Di Raub

14/06/2025 09:06 PM

KUANTAN, 14 Jun (Bernama) – Sepasang suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di sebuah rumah kedai di Kampung Sungai Ruan, Raub, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata mayat Wong Tong Seng, 75, ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah berulat di hadapan sinki dapur, manakala mayat isterinya Loh Kam Ngo, 73, ditemukan dalam keadaan terbaring di bucu katil dalam bilik tengah rumah berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan keadaan rumah berada dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut dan hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raub mendapati punca kematian kedua-dua mangsa disebabkan Sindrom Koronari Akut (serangan jantung).

Mohd Shahril berkata mangsa wanita menghidap penyakit Parkinson sejak 20 tahun lepas, manakala suaminya pula dilaporkan pernah menerima rawatan jantung di Klinik Kesihatan Ulu Gali, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan