Bedah Siasat Mangsa Tembakan Di Brickfields Dijalankan Petang Ini

14/06/2025 06:14 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Bedah siasat terhadap seorang mangsa yang maut dalam insiden tembakan di Brickfields semalam, akan dijalankan petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata seorang lagi mangsa yang cedera parah, masih dirawat di PPUM dan berada dalam keadaan stabil. 

“Sementara seorang lagi mangsa yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Pada kejadian 10.50 malam itu, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang makan bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tembakan, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan