Lima Lelaki Ditahan Terlibat Pergaduhan Di Luar Stadium Bukit Jalil

11/06/2025 06:51 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Polis menahan lima lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam pergaduhan selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ridzuan Khalid berkata kelima-lima lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun itu ditahan di kawasan tempat letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 11.50 malam

“Mereka direman selama sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Kes akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ridzuan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut agar menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi satu minit di aplikasi TikTok memaparkan insiden pergaduhan dan cuba dileraikan oleh anggota polis yang dipercayai berlaku di luar stadium berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan