KUCHING, 11 Jun (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas dadah jenis ganja bernilai RM2.578 juta menerusi serbuan di sebuah premis syarikat kurier di Miri pada 13 Mei lepas.
Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya berkata serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi, hasil maklumat risikan Unit Kargo Udara, Cawangan Perkastaman Miri.
"Bertindak atas maklumat terbabit, sepasukan pegawai daripada Unit Narkotik JKDM Miri telah menjalankan pemeriksaan terhadap lima kotak kiriman yang tidak dituntut di premis syarikat kurier berkenaan di Jalan Pos, 98000 Miri.
"Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 98 bungkusan plastik lutsinar yang disyaki mengandungi dadah jenis ganja dengan anggaran berat kasar 26.313 kilogram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norizan berkata modus operandi sindiket adalah dengan menyeludup dadah berbahaya dari Semenanjung Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier dan mengisytiharkannya sebagai barangan pakaian bagi mengaburi pihak berkuasa.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial