JBPM Perak Keluarkan Lelaki Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci

26/05/2025 04:22 PM

IPOH, 26 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya yang berkunci di Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian yang menimpa mangsa berusia 50 tahun itu, dilaporkan oleh salah seorang keluarganya pada 12.04 tengah hari.

“Kami menerima maklumat daripada pihak polis pintu rumah tersebut berkunci, selain melibatkan seorang mangsa yang tinggal bersendirian.

“Anggota yang terlibat telah membuka pintu tersebut menggunakan peralatan khas. Mangsa ditemukan meninggal dunia merujuk kepada keadaan fizikal mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan