Wanita Warga Thailand Cuba Seludup Barangan Runcit Ditahan

25/05/2025 10:55 AM

KOTA BHARU, 25 Mei (Bernama) -- Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan seorang wanita warga Thailand selepas merampas pelbagai barangan runcit di dalam sebuah kenderaan di kawasan pengkalan haram Pasir, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata penahanan itu dilakukan semasa anggotanya menjalankan tugas Op Taring Wawasan di kawasan berkenaan pada 7 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai jenis barangan runcit dari Thailand ditemukan dalam kenderaan terbabit dianggarkan bernilai RM19,270.

“Pemandu wanita warga Thailand berusia 53 tahun itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah berkaitan barang tersebut dan dipercayai menjadi penghantar untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, manakala suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan