Dua Lagi Bekas Pegawai Bank Direman Bantu Siasatan Lulus Pinjaman RM11.3 Juta

23/05/2025 04:18 PM

SANDAKAN, 23 Mei (Bernama) -- Dua lagi bekas pegawai bank direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kelulusan pinjaman kira-kira RM11.3 juta menggunakan dokumen palsu antara 2022 hingga tahun lepas.

Perintah reman hingga 29 Mei terhadap kedua-dua lelaki itu dibenarkan Majistret Siti Aisyah Umar Baki selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Semalam, lima lelaki, termasuk empat pegawai bank direman tujuh hari hingga 28 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Semua suspek dipercayai bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan 39 permohonan pinjaman kewangan dengan menggunakan dokumen sokongan palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan