SANDAKAN, 22 Mei (Bernama) -- Lima lelaki termasuk empat pegawai bank direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kelulusan pinjaman kira-kira RM11.3 juta menggunakan dokumen palsu antara 2022 hingga tahun lepas.
Reman hingga 28 Mei terhadap semua lelaki berumur 30-an hingga 50-an itu dibenarkan Majistret Siti Aisyah Umar Baki selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Menurut sumber, semua suspek dipercayai bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan 39 permohonan pinjaman kewangan dengan menggunakan dokumen sokongan palsu.
Semua suspek ditahan antara 2 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial