BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Kumpulan Muzik "skindhead" Dipukul

12/05/2025 09:41 AM

JOHOR BAHRU, 12 Mei (Bernama) -- Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik “skinhead” dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu lepas. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat susulan video tular di media sosial yang memaparkan kejadian itu.

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk saksi atau mangsa.

"Polis telah memulakan siasatan sebaik menerima maklumat kejadian (tular) ini pada malam tadi. Justeru, orang ramai diminta untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu tular beberapa rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan tersebut yang dipercayai dimuat naik di akaun Facebook kumpulan muzik itu.

Hantaran tersebut mendakwa vokalis tersebut diserang dan dipukul sekumpulan lelaki, dengan beberapa keping gambar kesan kecederaan turut dikongsikan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan