Lelaki Ditahan Syaki Dera Anak Saudara 3 Tahun

12/05/2025 09:07 PM

KEPALA BATAS, 12 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, yang juga anak saudaranya, di Pulau Mertajam, Penaga, di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU)  Supt C. Tharmalingam berkata suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di Bertam susulan laporan polis yang dibuat bapa mangsa.

“Siasatan awal mendapati bapa mangsa yang bekerja dan tinggal di Kelantan menghubungi anaknya melalui panggilan video pada hari kejadian sebelum terlihat bekas abang iparnya merotan kanak-kanak itu.

“Ketika itu, mangsa dilihat menangis manakala suspek tinggal serumah dengan bekas isterinya (ibu mangsa),” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan oleh doktor mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanak-kanak itu dan lelaki terbabit mendakwa tindakan merotan bukan bertujuan mendera, sebaliknya kerana mangsa sering menangis.

Tharmalingam berkata suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan