MELAKA, 7 Mei ( Bernama) -- Ibu dan bapa kepada bayi lelaki berusia dua bulan disyaki didera di Sungai Petai Alor, Gajah semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman sehingga 13 Mei terhadap pasangan suami isteri berusia 22 tahun itu dikeluarkan Hakim Haderiah Siri di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pasangan yang juga penganggur itu ditahan sepasukan anggota polis pada 6.30 petang semalam di hadapan Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Melaka.
Penahanan itu dibuat selepas pakar perubatan hospital yang memeriksa bayi berkenaan membuat laporan apabila mengesan kecederaan baharu dan lama dalam kepala mangsa.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata bayi berkenaan ditinggalkan ibunya di Hospital Melaka sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan cedera dipercayai akibat didera.
Bayi itu dibawa ke Hospital Alor Gajah selepas ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami serangan sawan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial