Imigresen Pulau Pinang Serbu Medan Selera, Tahan 37 Pendatang Tanpa Izin

17/04/2025 07:21 PM

GEORGE TOWN, 17 April (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 37 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah medan selera di Jalan Burma, di sini hari ini.

Pengarahnya Nur Zulfa Ibrahim berkata serbuan menerusi Op Bersepadu JIM Zon Utara itu dilaksanakan susulan pihaknya mengesyaki medan selera berkenaan menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan wanita warga Myanmar, masing-masing dua lelaki Bangladesh dan Vietnam serta seorang lelaki Pakistan dan seorang wanita Indonesia.

“Operasi melibatkan JIM dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Kesemua yang ditangkap berusia 21 hingga 48 tahun.

“Ketika serbuan, semua warga asing itu lari bertempiaran namun gagal meloloskan diri kerana kawasan terbabit telah dikepung anggota penguat kuasa,” katanya.

Nur Zulfa memaklumkan kesemua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dan tindakan turut diambil terhadap majikan yang mengambil warga asing bekerja di medan selera itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan