BUTTERWORTH, 30 April (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas barang dagangan ekstrak rumpai laut sebanyak 1.02 tan dari China di Terminal Kargo Dermaga Butterworth (BWCT) di sini hari ini.
MAQIS Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan seluruh konsainan dagangan bernilai RM30,000 itu mendapati pengimportan barangan berkenaan tidak mempunyai permit import MAQIS yang sah.
“Perbuatan mengimport ekstrak rumpai laut tanpa permit import MAQIS yang sah adalah satu kesalahan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi syarat berkenaan demi memastikan kawalan keselamatan dan biosekuriti negara terus terpelihara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial