YIWU, 23 Feb (Bernama-CMG) -- Sejak beroperasi pada 12 tahun yang lepas, perkhidmatan Ekspres Yiwu-Madrid kendalian China Railway yang berperanan sebagai "laluan emas" menghubungkan benua Asia dengan Eropah, tidak pernah dihentikan meskipun sempena tempoh perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 sekarang ini.
Jumlah perjalanan perkhidmatan Ekspres Yiwu-Madrid bagi tempoh dari 1 Januari hingga 17 Februari tahun ini dilaporkan meningkat 18 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat 220 perjalanan untuk muatan 22,000 unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU).
Ekspres Yiwu-Madrid telah menjadi satu daripada pilihan utama bagi pengeksportan barangan kecil dari Yiwu, hasil pelbagai kelebihan seperti prestasi pengangkutan yang konsisten, pantas dan efisien.
Dimaklumkan bahawa dalam tempoh dari tahun 2014 yang menyaksikan perjalanan pertamanya hingga Januari 2026, perkhidmatan Ekspres Yiwu-Madrid sebagai satu komponen Ekspres China-Eropah telah merekodkan lebih 15,000 perjalanan, dengan muatan kontena 1.247 juta TEU yang sudah lulus dalam pemantauan kastam untuk tujuan import-eksport.
Perkhidmatan Ekspres Yiwu-Madrid yang berlandaskan tiga laluan utama iaitu China-Eropah, China-Rusia dan China-Asia, mampu menjangkau ke lebih 160 bandar di lebih 50 negara dan wilayah di Asia dan Eropah.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial