KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- YTL Communications Sdn Bhd, melalui jenama perkhidmatannya Yes, melancarkan produk prabayar 5G Advanced pertamanya dengan pengenalan pek permulaan yes 5G Advanced.
Ketua Pegawai Eksekutif Wing K Lee berkata Yes menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan teknologi 5G Advanced pada pelan prabayar, menjadikan ketersambungan yang premium untuk generasi akan datang.
Ia boleh diakses oleh semua dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati ketersambungan yang lebih pantas dan responsif sesuai dengan keperluan dalam kehidupan moden masa kini.
“Apabila Yes 5G Advanced dilancarkan pada Oktober, kami telah menaik taraf semua pelanggan pascabayar dan jalur lebar untuk menikmati teknologi 5G bertaraf dunia tanpa sebarang kos tambahan. Hari ini, kami membawakan 5G Advanced kepada semua pelanggan prabayar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ditetapkan pada harga serendah RM10, pek permulaan ini menawarkan data 20GB, kelajuan tanpa had dan tempoh sah 30 hari yang terulung dalam industri, kerana ia paling lama berbanding semua pelan prabayar RM10 di pasaran.
Wing berkata selepas pelancarannya pada Oktober di Lembah Klang, Yes telah menyelesaikan pelancaran Yes 5G Advanced ke seluruh rangkaian 5G syarikat, yang kini mencapai liputan 82.4 peratus di kawasan berpenduduk di seluruh negara, sekali gus mengukuhkan lagi kepimpinannya dalam 5G di Malaysia dan memantapkan kedudukan Malaysia sebagai negara kesembilan di dunia yang menikmati standard pra-6G ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial