BELANJAWAN 2025 > BERITA

China Boleh Diteladani Dalam Memacu Usaha Sukan - Presiden IOC

17/11/2025 06:16 PM

BEIJING, 17 Nov (Bernama-CMG) -- “Saya pernah berkata kepada Presiden Xi, tidak ramai pemimpin negara di dunia ini yang begitu peka akan usaha sukan kecuali beliau. Kami sangat bersetuju bahawa isu sukan sepatutnya diletakkan pada posisi neutral,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Kirsty Coventry.

“Para atlet dari pelbagai negara berkumpul di satu gelanggang, merupakan satu perkara yang mengujakan dan boleh dilihat sebagai  satu daya tarikan milik pertandingan sukan.

Tiada halangan yang wujud antara atlet kerana mereka kesemuanya mempunyai pengalaman perjuangan yang hampir serupa sebelum beraksi di gelanggang yang sama, dan wajar mempunyai rasa hormat-menghormati. Pada pandangan saya, dalam dunia hari ini kita perlu sentiasa mempromosikan semangat seumpama itu.” kata Coventry ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, Presiden China Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan Coventry dan Presiden Kehormat Seumur Hidup IOC Thomas Bach di Guangzhou, provinsi Guangdong pada 9 November. Xi menekankan China bersedia memperhalusi pelaksanaan projek kerjasama dengan IOC, malah memperbanyak sumbangan kepada tadbir urus global dengan memacu usaha sukan.

Sehubungan itu, Coventry  berkata, “Saya percaya kami boleh mendorong kerjasama ini pada pelbagai peringkat. Pihak kami mengekalkan kerjasama yang sangat rapat dengan Jawatankuasa Olimpik China."

Beliau berkata: “Saya sering mengatakan, saya berasa sangat teruja ketika menjejakkan kaki sekali lagi ke dalam 'Kubik Air' (Pusat Renang Nasional China), yang bertukar menjadi gelanggang untuk acara curling semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, dan menyaksikan berlangsungnya pertandingan itu.

Sungguh mengagumkan kerana boleh menyaksikan bagaimana venue Olimpik boleh digunakan secara berganti-ganti, misalnya untuk kegunaan sukan musim panas dan musim sejuk secara berganti-ganti. Ramai antara kita mungkin tertanya-tanya, bagaimanakah acara curling dan renang boleh diadakan dalam satu venue yang sama? Bagaimana ia direalisasikan?

Pada pandangan saya, ini justeru mencerminkan pembangunan inklusif dalam pelbagai dimensi dan juga menunjukkan kemampanan dalam menyemarakkan warisan Olimpik.

“Sektor sukan Olimpik di peringkat global boleh menimba pengalaman dan belajar daripada apa yang dipraktikkan China tentang bagaimana berjaya melakar semua pencapaian ini. Saya percaya masih ada banyak aspek yang boleh kami pelajari dan manfaatkan.

China berkembang pesat dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang teknologi. Saya berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan China pada masa hadapan, dan bersama-sama mendorong perkembangan Olimpik serta memacu usaha sukan.”

– BERNAMA-CMG

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan