BELANJAWAN 2025 > BERITA

Puluhan Cedera, 20 Ditahan Semasa Protes Di Mexico

16/11/2025 01:47 PM

MEXICO CITY, 16 Nov (Bernama-dpa) -- Puluhan orang cedera dalam satu protes yang diketuai golongan muda di Mexico selepas pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan, menurut pegawai pada Sabtu.

Protes itu majoritinya disertai golongan muda yang menyuarakan kebimbangan terhadap jenayah dan rasuah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Di Mexico City, kira-kira 100 anggota polis cedera, termasuk 40 yang memerlukan rawatan di hospital, kata Setiausaha Keselamatan Awam Pablo Vazquez pada sidang akhbar.

Seramai 20 orang awam turut cedera manakala 20 orang ditahan, katanya kepada media tempatan.

Gerakan protes oleh Generasi Z turut dilaporkan berlaku di beberapa negara lain termasuk Nepal, Maghribi, Madagascar dan Peru sejak beberapa bulan lalu.

Generasi Z merujuk mereka yang lahir antara 1995 dan 2010.

-- BERNAMA-dpa

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan