BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kerajaan Sedia Pelbagai Inisiatif Untuk Masyarakat India Bernilai Lebih RM42 Juta - PM Anwar

16/10/2025 11:26 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan beberapa inisiatif baharu bernilai RM42.25 juta khusus untuk manfaat masyarakat India, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata inisiatif berkenaan termasuk program tuisyen percuma dan pemberian komputer riba melalui inisiatif Peranti Siswa.

Anwar berkata inisiatif berkenaan yang turut merangkumi program pembaikan sekolah di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), dikongsikan beliau semasa pertemuan santai bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery, Brickfields hari ini.

“Usai program rasmi hari ini, saya singgah di Little India, Brickfields bagi meninjau persiapan masyarakat Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

“Sejurus tiba, saya berkesempatan menikmati minum petang bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini. 

Selain pertemuan itu, beliau turut meninjau persiapan masyarakat India menjelang sambutan Deepavali di beberapa kedai dan gerai jualan di tapak bazar Little India, Brickfields.

“Semoga sambutan Deepavali tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan,” kata beliau.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan