BELANJAWAN 2025 > BERITA

Lelaki Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Mendaki

26/07/2025 09:43 PM

BUKIT MERTAJAM, 26 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di Hutan Negara Cheruk Tokun di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

"Mangsa dilaporkan pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi.

"Pihak bomba seterusnya membawa turun mayat mangsa ke kaki bukit sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan malam ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan