MADINAH, 18 Julai (Bernama-SPA) -- Seramai 40,103,344 jemaah mengunjungi Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), jumlah itu direkodkan dari 1 Zulkaedah hingga 29 Zulhijah, mencerminkan kejayaan berterusan Kerajaan Arab Saudi dalam usaha menyambut kedatangan pengunjung dan membolehkan mereka menunaikan ibadah dalam suasana yang selamat dan tenang.
Pihak berkuasa itu menegaskan komitmennya untuk terus menambah baik perkhidmatan di dalam dan di perkarangan Masjid Nabawi bagi memenuhi keperluan jemaah serta meningkatkan pengalaman ibadah secara menyeluruh bagi semua pengunjung.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial