BELANJAWAN 2025 > BERITA

Waris Bekas Atlet SUKMA Terima Faedah PERKESO

16/07/2025 02:13 PM

"Dalam tempoh dua tahun PERKESO telah membantu 25 atlet yang telah menjalani rawatan pemulihan, termasuk dua pemain bola sepak Terengganu FC (TFC) yang masih dirawat di Pusat Rehabilitasi Perkeso.

"Perkeso amat komited dalam menjaga kebajikan dan keselamatan sosial semua atlet Terengganu. Ramai atlet telah menerima bayaran faedah di bawah skim perlindungan kami," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga arwah Siti Noralyaa di Taman Batin Perdana di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ahmad Shahrizal Yahaya.

Sementara itu, ibu kepada arwah Siti Noralyaa, Rusmailaili Samsuri, 43, berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeluarga yang masih bersedih akan kehilangan insan tersayang.

Rusmailaili berkata sebagai anak sulung, arwah banyak membantu menampung perbelanjaan keluarga dan persekolahan empat adiknya.

"Selepas tidak lagi bersama MSNT, arwah  bekerja di stesen minyak untuk membantu keluarga kerana suami saya hanya bekerja sebagai pemandu lori roti.

"Saya pula tidak bekerja...hanya menguruskan anak-anak di rumah. Arwah anak yang baik... duit gajinya memang digunakan untuk membeli barangan keperluan dan persekolahan adik-adiknya," katanya.

Rusmalaili berkata arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang Sabtu lalu selepas sebulan terlantar sakit.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan