KUALA TERENGGANU, 13 Julai (Bernama) -- Atlet angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Siti Noralyaa Mat Marzuki, 25, meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara semalam.
Allahyarham yang pernah memenangi pingat gangsa kategori 71 kilogram pada SUKMA 2022 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira 7.40 malam di sisi ahli keluarganya.
Mat Marzuki Mat Jusoh, 51, berkata anak perempuan sulungnya itu terlantar dan dirawat di hospital berkenaan sejak Jun lepas setelah disahkan menghidap kanser payudara peringkat empat.
"Arwah menderita penyakit ini sejak Januari lepas tetapi dia merahsiakan penderitaannya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.
"Nor Alyaa selamat dikebumikan kira-kira 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Felda Kampung Belara," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial