KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) melancarkan PRUElite Flex, penyelesaian insurans pertama di pasaran yang bertujuan membantu rakyat Malaysia mengembangkan kekayaan, membuat persediaan persaraan lebih terjamin dan memindahkan kekayaan kepada generasi seterusnya dengan lancar.
PRUElite Flex menawarkan aliran pendapatan tahunan terjamin sehingga usia 100 tahun di samping manfaat matang berbentuk pembayaran jumlah sekali gus yang dijamin sehingga 1,500 peratus daripada premium tahunan.
Pelanggan boleh memilih untuk menerima keseluruhan jumlah bayaran tahunan, melabur semula dalam dana yang diuruskan secara profesional atau memilih gabungan dua pilihan berkenaan.
Ketua Bahagian Pemasaran dan Perkongsian Agihan PAMB Eric Wong berkata PRUElite Flex memenuhi keperluan rakyat Malaysia terhadap penyelesaian kewangan yang mampu berkembang seiring perubahan hidup dan menyokong perancangan peninggalan legasi menerusi ciri Policy Split Option.
“Apabila jangka hayat rakyat Malaysia semakin bertambah, mereka menilai semula cara bagaimana merancang masa depan diri dan keluarga. Mereka memerlukan penyelesaian kewangan yang mampu berkembang seiring perubahan hidup yang disesuaikan dengan keperluan semasa dan membantu meninggalkan legasi bermakna bagi keluarga.
“Apa yang benar-benar membezakan PRUElite Flex ialah ciri Policy Split Option, satu ciri perintis di Malaysia yang membolehkan pemegang polisi membahagikan polisi asal mereka kepada beberapa polisi individu, memudahkan pemindahan kekayaan secara lancar dan tersusun kepada anak, cucu atau mereka yang tersayang merentas generasi,” katanya.
Menurut PAMB, Malaysia dijangka menjadi masyarakat tua menjelang 2040 apabila 14.5 peratus daripada penduduknya diunjurkan berusia 65 tahun ke atas. Peralihan demografi ini digabungkan dengan peningkatan jangka hayat, memerlukan strategi kewangan baharu.
“Peningkatan jangka hayat dan perubahan dinamik keluarga bermaksud rakyat Malaysia kini bukan sekadar merancang untuk persaraan yang selesa tetapi turut mengambil kira masa depan anak, cucu dan generasi akan datang.
“Ramai mendapati penyelesaian kewangan tradisional tidak lagi mampu memenuhi keperluan masa kini yang sentiasa berubah. Akibatnya, ramai individu dan keluarga terpaksa berdepan cabaran dalam mencari kaedah terbaik untuk membina, melindungi dan memindahkan kekayaan merentas generasi,” katanya.
PRUElite Flex juga menawarkan proses pendaftaran mudah dan lancar tanpa soal selidik kesihatan dan penilaian kewangan, menjadikannya lebih mudah diakses untuk lebih ramai rakyat Malaysia.
PAMB memaklumkan PRUElite Flex adalah sebahagian daripada rangkaian penyelesaian insurans bernilai tinggi Prudential yang menyokong perancangan legasi, keperluan kecairan serta penstrukturan kekayaan kepada pelanggan yang ingin melindungi dan mengekalkan kekayaan dengan penuh keyakinan.
Manfaat dibayar di bawah polisi yang layak adalah dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial